Universiti Malaya, MalaysiaKolej Kediaman Ibnu Sina, Universiti Malaya Laman utamaHubungi kami
PENGENALAN PERKHIDMATAN KAKITANGAN PENGHUNI AKTIVITI INTRANET

Logo Kolej

Dua ikat tujuh belas daun lontar (Borassus flabellifera atau Palmyra palm) melambangkan jenis buku yang digunakan oleh orang Melayu di zaman dahulu sebelum adanya kertas di kawasan ini.

Tiga ekor harimau yang mengelilingi bunga raya (Hibiscus rosasinensis) melambangkan tiga entiti di Kolej yang saling berkerjasama iaitu kakitangan akademik, kakitangan sokongan, dan para pelajar.

Bunga dan harimau-harimau berlatar belakangkan biru melambangkan laut di sekeliling Nusantara yang terbentang di antara Lautan Hindi dan Laut China Selatan yang menghubungkan Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia.

Sebilah pedang bersayap burung dan dililit dua ekor ular merupakan simbol perubatan, sejajar dengan komposisi penghuni Kolej di awal penubuhannya yang terdiri daripada pelajar jurusan perubatan.

Slogan Semper Paratus membawa maksud 'sedia berkhidmat' iaitu menyatakan kesungguhan dan iltizam para penghuni dalam menyumbangkan khidmat yang tidak berbelah bahagi kepada masyarakat setelah menerima segulung ijazah kelak.

Warna kuning melambangkan sifat taat setia kepada pemerintah.

Warna merah melambangkan semangat yang membara di dalam jiwa setiap penghuni dalam menempuhi apa jua rintangan yang dihadapi.

Warna putih melambangkan keluhuran hati dan kehalusan budi yang ada pada setiap penghuni.

 

Username  
Password  


Khamis, 30 Oktober 2008
Malam Penutup Minggu Muhibbah

Sabtu, 11 Oktober 2008
Lawatan ke Rumah Orang Tua, Angel's Folk Home, Petaling Jaya

Sabtu, 11 Oktober 2008
Lawatan ke Rumah Orang Tua, Angel's Folk Home, Petaling Jaya

Rabu, 8 Ogos 2007
Kelas Bahasa Inggeris tuntuk semua penghuni tahun 1 elah bermula pada minggu pertama bulan Ogos 2007 (4/8/07)

Selasa, 31 Julai 2007
Pada 1 Ogos 2007 akan diadakan Program Bengkel Pengurusan Diri & Masa yang dianjurkan oleh JKP Akademik & Intelektual KKIS. Peserta terdiri daripada penghuni tahun 1. Pengarah projek Sdri Rita a/p Dallumal.

Jumaat, 27 Julai 2007
16 hingga 21 Julai telah berlangsung Minngu Mesra Pelajar. Pelbagai aktiviti telah berlangsung. Pada 21 Julai 2007 majlis perasmian penutup telah berlangsung dan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Razali Agus selaku TNC HEPA pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Makan KKIS.

» Lihat semua