Universiti Malaya, MalaysiaKolej Kediaman Ibnu Sina, Universiti Malaya Laman utamaHubungi kami
PENGENALAN PERKHIDMATAN KAKITANGAN PENGHUNI AKTIVITI INTRANET

Kolej Kediaman Ibnu Sina telah siap dibina pada tahun 1959 bagi tujuan penginapan pelajar-pelajar jurusan perubatan di Universiti Malaya.

Di awal penubuhannya, hanya terdapat dua blok penghuni sahaja untuk menempatkan seramai lebih kurang 350 orang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Fakulti Perubatan.

Sebuah blok dikhaskan untuk pelajar lelaki, manakala sebuah lagi untuk pelajar wanita. Blok-blok yang tersebut kini dinamai Blok A dan B.

Dengan pertambahan pelajar Universiti Malaya yang semakin ketara pada tahun 1980an, empat buah lagi blok asrama telah dibina. Blok-blok yang kini dikenali sebagai Blok C, D, E dan F ini boleh menempatkan seramai 200 orang pelajar.

Dengan pembinaan blok-blok tambahan ini juga, Kolej mula mengambil penghuni daripada jurusan Ijazah Sarjana Muda Pergigian.

Peningkatan bilangan pelajar yang berterusan pada pertengahan 1990an telah memaksa Universiti Malaya untuk meningkatkan kapasiti kolej kediamannya. Untuk Kolej Kediaman Ibnu Sina, dua buah lagi blok asrama telah dibina. Blok-blok yang tersebut kini dikenali sebagai Blok G dan H.

Sejak tahun 2004, Kolej mula menerima penempatan pelajar-pelajar dari jurusan yang pelbagai, termasuklah Kejururawatan, Sains Bioperubatan, Farmasi, Kejuruteraan, Undang-undang, dan Alam Bina.

Buat masa ini pelajar lelaki ditempatkan di Blok B dan H, manakala selebihnya dihuni oleh pelajar wanita.

 

Username  
Password  


Khamis, 30 Oktober 2008
Malam Penutup Minggu Muhibbah

Sabtu, 11 Oktober 2008
Lawatan ke Rumah Orang Tua, Angel's Folk Home, Petaling Jaya

Sabtu, 11 Oktober 2008
Lawatan ke Rumah Orang Tua, Angel's Folk Home, Petaling Jaya

Rabu, 8 Ogos 2007
Kelas Bahasa Inggeris tuntuk semua penghuni tahun 1 elah bermula pada minggu pertama bulan Ogos 2007 (4/8/07)

Selasa, 31 Julai 2007
Pada 1 Ogos 2007 akan diadakan Program Bengkel Pengurusan Diri & Masa yang dianjurkan oleh JKP Akademik & Intelektual KKIS. Peserta terdiri daripada penghuni tahun 1. Pengarah projek Sdri Rita a/p Dallumal.

Jumaat, 27 Julai 2007
16 hingga 21 Julai telah berlangsung Minngu Mesra Pelajar. Pelbagai aktiviti telah berlangsung. Pada 21 Julai 2007 majlis perasmian penutup telah berlangsung dan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Razali Agus selaku TNC HEPA pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Makan KKIS.

» Lihat semua